Sunday, 12 July 2015

Tokoh NILAM Kebangsaan 2014


Matlamat dan Objektif NILAM


Lagu NILAM


Dewey Decimal System For Kids


Sejarah Penubuhan Pusat Sumber

Perpustakaan  sekolah mula wujud sejak sebelum merdeka lagi, iaitu pada awal tahun 1950-an, namun ia tidak secara menyeluruh.  Beberapa sekolah dipilih sebagai pusat, bagi menempatkan beberapa jenis alat pandang dengar.  Projek ini menemui kegagalan kerana tidak diuruskan dengan berkesan, di samping kekurangan kakitangan terlatih.
      
Pada tahun 1962, Persatuan Perpustakaan Persekutuan Tanah Melayu menggariskan standard minimum bagi perpustakaan di Malaya.  Antaranya:-
1.              Semua koleksi ditempatkan di sebuah bilik khas.
2.              Guru perpustakaan atau pustakawan diberi kursus perpustakaan selama setahun.
3.              koleksi buku antara 10 judul bagi seorang murid.
4.              2 hingga 3 naskah akhbar.

Pada tahun 1964, Kementerian Pelajaran menerbitkan Manual Perpustakaan Sekolah yang disediakan oleh Margeret Walker.

 Pada tahun 1965,  TV Pendidikan memulakan satu progran perintis iaitu  sains am(general science) yang diterbitkan di bawah Kementerian Penerangan bersama Keneterian Pelajaran. Pada tahun 1966 pula projek kedua melibatkan bidang biologi(kaji hayat)

 Pada tahun 1967, perpustakaan sekolah diletakkan di bawah pengurusan Biro Buku Teks di Kemeterian Pendidikan.  Pada tahun 1974, pengurusan perpustakaan diserahkan kepada Perkhidmatan Perpustakaan Sekolah, Pengurusan Sekolah  Kementerian Pelajaran.

  Pada 1 Mac 1983, Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah menggunakan istilah ’pusat sumber sekolah’ bagi menggantikan istilah ’perpustakaan sekolah’. PSS dapat memberi gambaran yang lebih tepat kerana PSS mempunyai koleksi bahan cetak dan bahan bukan cetak.

 Pada tahun 1983 juga, diwujudkan Pusat Sumber Pendidikan Negeri(PSPN).  Empat buah negeri dipilih iaitu negeri Kedah, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Negeri yang tidak mempunyai PSPN, Unit Teknologi Pendidikan di Jabatan Pelajaran Negeri akan menjalankan peranan yang sama.

Pada  tahun 1997 pula, Unit Teknologi Pendidikan ini akhirnya dinaiktarafkan kepada Pusat Sumber Pendidikan Negeri.

Pusat Sumber SJK(C) Sungai Terap ditubuhkan pada tahun 1953. Lokasi pusat sumber di tingkat paling atas. Keluasan Pusat sumber hanya satu bilik darjah.    

Sejarah Sekolah

Sekolah Jenis Kebangsaaan (Cina) Sungai Terap, Selama, Perak terletak di dalam sebuah kampung Cina bernama Sungai Terap. Ia terletak kira-kira 2km dari pusat Pekan Selama Perak. Di pinggir kampung ini terletak sebuah perkampungan kaum Melayu.

Dalam kampung ini terdapat lebih kurang 100 buah rumah dengan bilangan penduduknya dalam linkungan 500 orang pada peringkat awal. Kebanyakan golongan muda berhijrah ke bandar-bandar besar di mana terdapat pelbagai kemudahan. Akibat daripada ini, bilangan penduduk semakin berkurangan. Kekosongan tanah yang ditinggalkan oleh penduduk yang berhijrah keluar dipenuhi oleh kaum india. Kampung Sungai Terap menjadi kampung berbilang kaum dan muhibah.

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Terap telah ditubuhkan pada tahun 1952. Pengasas-pengasas sekolah ini ialah Encik Yong Mun, Encik Thong Chook That dan Encik Chow Tion.

Pada masa itu, disebabkan keluasan tanah hanya setengah ekar, maka hanya tiga buah kelas yang dibina. Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1953. Pada mula hanya darjah 1 hingga darjah 4 yang beroperasi. Darjah 5 dan 6 mula beroperasi pada tahun 1962.

Ahli Lembaga sekolah pada masa itu terdiri daripada Encik Tan Hoon Hooi, Encik Yeong Poh Meng, Encik Choo Ah San dan lain-lain. Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah pada masa itu ialah Encik Wong Yong Siau.

Pada 13hb Januari 1953 merupakan hari pembukaan sekolah dan Guru Besar yang sulung ialah En. Wong Seow Seong. Seramai 10 orang Guru Besar telah dan sedang berkhidmat di sekolah ini sejak penubuhan pada 1952 hingga sekarang.

Pada awal tahun pertama persekolahan, sekolah ini hanya terdapat murid seramai 62 orang. Pada tahun 1960 an, enrolmen murid semakin meningkat, terdapat seramai 114 orang murid pada tahun 1968.

Pada tahun 1995 enrolmen murid adalah sebanyak 46 orang sahaja berbanding dengan bilangan murid dalam tahun enam puluhan, tujuh puluhan dan lapan puluhan yang bilangan muridnya 2 kali, malahan 3 kali ganda bilangan murid sekarang. Setakat ini nampaknya bilangan kekal dalam linkungan 40-50 orang dalam tahun dua puluhan ini.

Sekolah ini adalah sekolah dalam bantuan penuh kerajaan. Sekolah ini ada dibekalkan air dan elektrik. Kemudahan fizikal secara umum adalah amat memuaskan.


Visi, Misi dan Piagam Sekolah

VISI
SJK(C) SUNGAI TERAP
34100,SELAMA,
PERAK DARUL RIDZUAN

Menjadikan
SJK(C) Sungai Terap
SEBUAH SEKOLAH CEMERLANG
DI NEGERI PERAK
MENJELANG
TAHUN 2015

MISI
SJK (C) SUNGAI TERAP
34100 SELAMA,
PERAK DARUL RIDZUAN.

Kami bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan berteraskan ilmu pengetahuan untuk melahirkan kecemerlangan dalam bidang:

a.  Pengurusan dan kepemimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus.

b.  Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan harmoni bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang.

c.   Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan yang berkesan.

d.  Kokurikulum dan sukan yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional melalui pendekatan inivatif.

e.  Berusaha mewujudkan hubungan yang erat di kalangan warga sekolah dan ibu bapa serta masyarakat melalui pendekatan berhemah.
PIAGAM SEKOLAH
SJK(C) SUNGAI TERAP
34100,SELAMA,
PERAK DARUL RIDZUAN.

Kami guru-guru SJK(C) Sungai Terap, Selama, Perak dengan penuh kepercayaan dan kemahuan akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:


1.  Memberi pendidikan yang berkualiti dan seimbang kepada pelajar kami.

2.  Mewujudkan budaya sekolah penyayang dan prihatian.

3.  Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab, harmonis, seimbang, berakhlak mulia dan berketrampilan.

4.  Mewujudkan budaya membaca.

5.  Menyediakan murid yang menguasai 3M supaya mampu melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.

6.  Memberi peluang murid mengembangkan potensi mereka dengan berkesan dengan tahap maksimum.


7.  Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif, selesa, selamat dan menyeronokkan sebagai tempat memberi pendidikan yang sempurna.