Sekolah Jenis Kebangsaaan (Cina) Sungai
Terap, Selama, Perak terletak di dalam sebuah kampung Cina bernama Sungai
Terap. Ia terletak kira-kira 2km dari pusat Pekan Selama Perak. Di pinggir
kampung ini terletak sebuah perkampungan kaum Melayu.
Dalam kampung ini terdapat lebih kurang 100
buah rumah dengan bilangan penduduknya dalam linkungan 500 orang pada peringkat
awal. Kebanyakan golongan muda berhijrah ke bandar-bandar besar di mana
terdapat pelbagai kemudahan. Akibat daripada ini, bilangan penduduk semakin
berkurangan. Kekosongan tanah yang ditinggalkan oleh penduduk yang berhijrah
keluar dipenuhi oleh kaum india. Kampung Sungai Terap menjadi kampung berbilang
kaum dan muhibah.
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Terap
telah ditubuhkan pada tahun 1952. Pengasas-pengasas sekolah ini ialah Encik
Yong Mun, Encik Thong Chook That dan Encik Chow Tion.
Pada masa itu, disebabkan keluasan tanah
hanya setengah ekar, maka hanya tiga buah kelas yang dibina. Sekolah ini mula
beroperasi pada tahun 1953. Pada mula hanya darjah 1 hingga darjah 4 yang
beroperasi. Darjah 5 dan 6 mula beroperasi pada tahun 1962.
Ahli Lembaga sekolah pada masa itu terdiri
daripada Encik Tan Hoon Hooi, Encik Yeong Poh Meng, Encik Choo Ah San dan
lain-lain. Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah pada masa itu ialah Encik Wong
Yong Siau.
Pada 13hb Januari 1953 merupakan hari
pembukaan sekolah dan Guru Besar yang sulung ialah En. Wong Seow Seong. Seramai
10 orang Guru Besar telah dan sedang berkhidmat di sekolah ini sejak penubuhan
pada 1952 hingga sekarang.
Pada awal tahun pertama persekolahan, sekolah
ini hanya terdapat murid seramai 62 orang. Pada tahun 1960 an, enrolmen murid
semakin meningkat, terdapat seramai 114 orang murid pada tahun 1968.
Pada tahun 1995 enrolmen murid adalah
sebanyak 46 orang sahaja berbanding dengan bilangan murid dalam tahun enam
puluhan, tujuh puluhan dan lapan puluhan yang bilangan muridnya 2 kali, malahan
3 kali ganda bilangan murid sekarang. Setakat ini nampaknya bilangan kekal
dalam linkungan 40-50 orang dalam tahun dua puluhan ini.
Sekolah ini adalah sekolah dalam bantuan
penuh kerajaan. Sekolah ini ada dibekalkan air dan elektrik. Kemudahan fizikal
secara umum adalah amat memuaskan.
No comments:
Post a Comment