Sunday, 12 July 2015

Sejarah Penubuhan Pusat Sumber

Perpustakaan  sekolah mula wujud sejak sebelum merdeka lagi, iaitu pada awal tahun 1950-an, namun ia tidak secara menyeluruh.  Beberapa sekolah dipilih sebagai pusat, bagi menempatkan beberapa jenis alat pandang dengar.  Projek ini menemui kegagalan kerana tidak diuruskan dengan berkesan, di samping kekurangan kakitangan terlatih.
      
Pada tahun 1962, Persatuan Perpustakaan Persekutuan Tanah Melayu menggariskan standard minimum bagi perpustakaan di Malaya.  Antaranya:-
1.              Semua koleksi ditempatkan di sebuah bilik khas.
2.              Guru perpustakaan atau pustakawan diberi kursus perpustakaan selama setahun.
3.              koleksi buku antara 10 judul bagi seorang murid.
4.              2 hingga 3 naskah akhbar.

Pada tahun 1964, Kementerian Pelajaran menerbitkan Manual Perpustakaan Sekolah yang disediakan oleh Margeret Walker.

 Pada tahun 1965,  TV Pendidikan memulakan satu progran perintis iaitu  sains am(general science) yang diterbitkan di bawah Kementerian Penerangan bersama Keneterian Pelajaran. Pada tahun 1966 pula projek kedua melibatkan bidang biologi(kaji hayat)

 Pada tahun 1967, perpustakaan sekolah diletakkan di bawah pengurusan Biro Buku Teks di Kemeterian Pendidikan.  Pada tahun 1974, pengurusan perpustakaan diserahkan kepada Perkhidmatan Perpustakaan Sekolah, Pengurusan Sekolah  Kementerian Pelajaran.

  Pada 1 Mac 1983, Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah menggunakan istilah ’pusat sumber sekolah’ bagi menggantikan istilah ’perpustakaan sekolah’. PSS dapat memberi gambaran yang lebih tepat kerana PSS mempunyai koleksi bahan cetak dan bahan bukan cetak.

 Pada tahun 1983 juga, diwujudkan Pusat Sumber Pendidikan Negeri(PSPN).  Empat buah negeri dipilih iaitu negeri Kedah, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Negeri yang tidak mempunyai PSPN, Unit Teknologi Pendidikan di Jabatan Pelajaran Negeri akan menjalankan peranan yang sama.

Pada  tahun 1997 pula, Unit Teknologi Pendidikan ini akhirnya dinaiktarafkan kepada Pusat Sumber Pendidikan Negeri.

Pusat Sumber SJK(C) Sungai Terap ditubuhkan pada tahun 1953. Lokasi pusat sumber di tingkat paling atas. Keluasan Pusat sumber hanya satu bilik darjah.    

No comments:

Post a Comment